Monday, October 6, 2014

Happy Birthday & Salam Aidiladha

Salam Aidiladha... Dan Selamat hari jadi untuk aku... 35 tahun dah umur aku... Emmm... Taknak wish apape pun.. Cuma aku harap aku menjadi lebih baik dari tahun yang sebelumnya.

Sebelum aku mencapai umur 40 aku kena stabilkan ekonomi keluarga aku, menjadi anak yang soleh, dan mendidik anak-anak aku sebaik mungkin. Mungkin tak sebaik mak ayah aku didik aku, tapi mengikut cara aku dan mengikut landasan agama.

Sebagai anak kita kadang kala tahu kesilapan mak bapak kita mendidik kita dulu. Apa natijahnya. Kita takkan ulangi. Tapi apa yang betul kita akan ikut. Begitulah kehidupan...

Salam Aidiladha... Salam korban...

Saturday, August 9, 2014

Rumah terbuka?... Tak la...

Aku suka makan nasi arab. Aroma ngan rasanya memang boleh membuat air liur meleleh. So aku rancang nak buat nasi arab untuk jamu orang datang beraya umah aku kali ni.

Bini aku plak memang jenis teror masak walaupun dia tak tau. Bagi je resepi dan cara, dia akan buat. So nampaknya jadi kenyataan la impian aku.

Bermula dari pagi mencari bahan di pekan. Dengan ayam, daging, beras, rempah ratus bagai... Dari pagi sebuk. Pukul 5pm 70% persiapan dan settle. Ayam dah siap perap. Kerang dah siap basuh. Pukul 8.30pm member datang tolong angkat tempat bakar dan hantar buah.

Start kul 9pm mula membakar. 9.15pm member start datang. Datang lepak dan tolong apa yg boleh.

Pukul 2.30am baru semua beransur... Fuhhh... Citer banyak tak guna. Aku dah penat. Esok je la kemas. Dah tak larat... Boom!!! Zzzz.... Zzzz...

Wednesday, August 6, 2014

Anda ditangkap!

Alamak! Kantoi di situuuuu... Aku pun tak perasan... Kan dah kena speed trap. Hahahhahaha... Bila diingat balik masa ni aku nak balik kampung bini aku. Mungkin nak ambik diorang seme balik dari bercuti kot... Maklum la cuti sekolah diorang balik Sahom. Terlalu teruja sangat sampai tak perasan dah lebih had laju....

Pandai buat, pandai la tanggung... Hahahhahaha...


Siap ada gambo lagi... Mana mau lari bro... Keh keh keh... 

Tuesday, August 5, 2014

Kembali kehidupan normal

Hampir seminggu aku beraya kat kampung isteri, raya ke 5 baru balik ke Sg. Besar. Tapi dengan badan yg kurang sihat.

Hari pertama sampai tak kemana-mana. Dok rumah terbaring. Badan kejap panas, kejap sejuk. Pastu ke tandas je.... Belah malam ke rumah mak ngan abah. Yang ni walau sakit camana pun kena gi jugak. Walaupun dok senyap je. Bebudak la yg kecoh pasal dah seminggu tak jumpa atok ngan nenek.

Hari sabtu baru ada ok sket... Jalan umah makcik kat Taman Seri ngan Parit 9. Tu pun tak lama. Kejap-kejap je.

Ahad gi rumah makcik kat parit 7 pulak. Pastu lepak la kat rumah melayan anak. Wife aku sebuk menyiapkan kelengkapan sekolah esok.

Isnin bermulalah kehidupan aku macam biasa balik.... Hantar anak gi sekolah terua gi kedai... BACK TO NORMAL RUTIN...

Thursday, July 31, 2014

Raya ke-4. Kampung Sahom

Raya dah masuk hari ke-4. Aku masih lagi di kampung bini aku kat Kg. Sahom. Semua rumah keluarga dah pegi. So aktiviti pagi ni tolong Apak kutip buah kat kebun. Dah lama tak berkutip katanya.


Kat kebun ni kejenya kutip derian, kutip manggis, kutip langsat, ambik buah assam gelugor ngan carik pisang. Banyak gak hasil yang kitorang dapat.


Belah petang plak, bawak anak-anak ngan anak buah bersama kakak ipar ngan adik ipar gi mandi sungai. Bukan main seronok diorang mandi. Sesuatu yang jarang dilepaskan bila balik kampung sini. Sambil mandi, buat BBQ plak tepi sungai. Bakar kambing... Perghhh...


Wednesday, July 30, 2014

Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri 2014

Walaupun dah masuk raya ke 3, aku tetap nak ucap selamat hari raya kat semua. Semua? (Ada ke yang nak baca?)... Aku masih lagi beraya di kampung bini aku kat Kg. Sahom, Kampar, Perak. Tahun ni giliran sini pulak.

Macam-macam hal terjadi kat aku sepanjang bulan puasa ni. Nanti ada masa aku cerita la... (Tu pun kalau aku rajin...)