Tuesday, August 5, 2014

Kembali kehidupan normal

Hampir seminggu aku beraya kat kampung isteri, raya ke 5 baru balik ke Sg. Besar. Tapi dengan badan yg kurang sihat.

Hari pertama sampai tak kemana-mana. Dok rumah terbaring. Badan kejap panas, kejap sejuk. Pastu ke tandas je.... Belah malam ke rumah mak ngan abah. Yang ni walau sakit camana pun kena gi jugak. Walaupun dok senyap je. Bebudak la yg kecoh pasal dah seminggu tak jumpa atok ngan nenek.

Hari sabtu baru ada ok sket... Jalan umah makcik kat Taman Seri ngan Parit 9. Tu pun tak lama. Kejap-kejap je.

Ahad gi rumah makcik kat parit 7 pulak. Pastu lepak la kat rumah melayan anak. Wife aku sebuk menyiapkan kelengkapan sekolah esok.

Isnin bermulalah kehidupan aku macam biasa balik.... Hantar anak gi sekolah terua gi kedai... BACK TO NORMAL RUTIN...

No comments: