Saturday, August 9, 2014

Rumah terbuka?... Tak la...

Aku suka makan nasi arab. Aroma ngan rasanya memang boleh membuat air liur meleleh. So aku rancang nak buat nasi arab untuk jamu orang datang beraya umah aku kali ni.

Bini aku plak memang jenis teror masak walaupun dia tak tau. Bagi je resepi dan cara, dia akan buat. So nampaknya jadi kenyataan la impian aku.

Bermula dari pagi mencari bahan di pekan. Dengan ayam, daging, beras, rempah ratus bagai... Dari pagi sebuk. Pukul 5pm 70% persiapan dan settle. Ayam dah siap perap. Kerang dah siap basuh. Pukul 8.30pm member datang tolong angkat tempat bakar dan hantar buah.

Start kul 9pm mula membakar. 9.15pm member start datang. Datang lepak dan tolong apa yg boleh.

Pukul 2.30am baru semua beransur... Fuhhh... Citer banyak tak guna. Aku dah penat. Esok je la kemas. Dah tak larat... Boom!!! Zzzz.... Zzzz...

Wednesday, August 6, 2014

Anda ditangkap!

Alamak! Kantoi di situuuuu... Aku pun tak perasan... Kan dah kena speed trap. Hahahhahaha... Bila diingat balik masa ni aku nak balik kampung bini aku. Mungkin nak ambik diorang seme balik dari bercuti kot... Maklum la cuti sekolah diorang balik Sahom. Terlalu teruja sangat sampai tak perasan dah lebih had laju....

Pandai buat, pandai la tanggung... Hahahhahaha...


Siap ada gambo lagi... Mana mau lari bro... Keh keh keh... 

Tuesday, August 5, 2014

Kembali kehidupan normal

Hampir seminggu aku beraya kat kampung isteri, raya ke 5 baru balik ke Sg. Besar. Tapi dengan badan yg kurang sihat.

Hari pertama sampai tak kemana-mana. Dok rumah terbaring. Badan kejap panas, kejap sejuk. Pastu ke tandas je.... Belah malam ke rumah mak ngan abah. Yang ni walau sakit camana pun kena gi jugak. Walaupun dok senyap je. Bebudak la yg kecoh pasal dah seminggu tak jumpa atok ngan nenek.

Hari sabtu baru ada ok sket... Jalan umah makcik kat Taman Seri ngan Parit 9. Tu pun tak lama. Kejap-kejap je.

Ahad gi rumah makcik kat parit 7 pulak. Pastu lepak la kat rumah melayan anak. Wife aku sebuk menyiapkan kelengkapan sekolah esok.

Isnin bermulalah kehidupan aku macam biasa balik.... Hantar anak gi sekolah terua gi kedai... BACK TO NORMAL RUTIN...